Ikan haruan atau nama saintifiknya Channa striata tergolong dalam keluarga Channidae adalah jenis ikan snakehead. Ikan haruan mencari makan dengan memburu ikan-ikan kecil dan menyambar, sama seperti ikan toman. Ikan haruan selalu menjadi buruan kaki pancing yang minat memancing di anak-anak sungai kerana cara menyambarnya dan keganasannya menarik pancing. Ikan haruan biasanya terdapat di anak sungai, sawah bendang dan di lubuk-lubuk. Ikan ini mudah dipancing kerana sifatnya yang agresif selain dagingnya yang mahal dan digunakan untuk membuat ubat luka, ubat perempuan bersalin, dan perubatan lain. Haruan gemar bersembunyi di celah-celah semak, dan celah kayu. Ikan ini agresif mudah menerkam. Ia juga sangat sensitif dengan pergerakan manusia.
Teknik Memancing
Ikan haruan memang mudah dipancing kerana sifat agresifnya. Umpan yang digunakan juga mudah didapati di kedai-kedai atau dicari sendiri. Umpan yang biasa digunakan adalah;
- Cacing
- Katak
- Anak Ikan
- Gewang
- Umpan dicampakkan ke lokasi yang dikesan berpotensi untuk disambar
- Tali digulung sedikit demi sedikit sambil mengesan tarikan dari haruan
- Jika tarikan terasa berat, mungkin umpan tersebut sudah berada di dalam mulut haruan
- Sentap agar mata kail terlekat pada haruan tersebut.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar