Pages

Selasa, 20 September 2011

mancing ikan haruan


Ikan haruan atau nama saintifiknya Channa striata tergolong dalam keluarga Channidae adalah jenis ikan snakehead. Ikan haruan mencari makan dengan memburu ikan-ikan kecil dan menyambar, sama seperti ikan toman. Ikan haruan selalu menjadi buruan kaki pancing yang minat memancing di anak-anak sungai kerana cara menyambarnya dan keganasannya menarik pancing. Ikan haruan biasanya terdapat di anak sungai, sawah bendang dan di lubuk-lubuk. Ikan ini mudah dipancing kerana sifatnya yang agresif selain dagingnya yang mahal dan digunakan untuk membuat ubat luka, ubat perempuan bersalin, dan perubatan lain. Haruan gemar bersembunyi di celah-celah semak, dan celah kayu. Ikan ini agresif mudah menerkam. Ia juga sangat sensitif dengan pergerakan manusia.
Teknik Memancing
Ikan haruan memang mudah dipancing kerana sifat agresifnya. Umpan yang digunakan juga mudah didapati di kedai-kedai atau dicari sendiri. Umpan yang biasa digunakan adalah;
  1. Cacing
  2. Katak
  3. Anak Ikan
  4. Gewang
Umpan cacing biasanya digunakan dengan menggunakan teknik pancing dasar iaitu teknik tradisional untuk kaki pancing ataupun boleh juga menggunakan pelampung. Umpan cacing berkesan untuk menangkap haruan tetapi mengambil masa yang agak lama. Penggunaan katak adalah bagus untuk memancing haruan. Untuk memancing menggunakan katak, cara cangkuk mata kail perlu dipastikan betul dan kemas agak peluang haruan untuk terlepas dari adalah kurang. Cara memancing ikan haruan menggunakan katak adalah seperti berikut;
  1. Umpan dicampakkan ke lokasi yang dikesan berpotensi untuk disambar
  2. Tali digulung sedikit demi sedikit sambil mengesan tarikan dari haruan
  3. Jika tarikan terasa berat, mungkin umpan tersebut sudah berada di dalam mulut haruan
  4. Sentap agar mata kail terlekat pada haruan tersebut.
Penggunaan anak ikan untuk mata kail adalah cara paling mudah dan efektif. Teknik ini adalah sesuai untuk kaki pancing yang gemar memancing ikan di anak sungai yang sempit. Mata kail dicangkuk di belakang ikan tersebut dan ikan tersebut dibiarkan berenang diantara permukaan air sehingga menimbulkan riak air pada permukaan. Haruan amat sensitif dengan riak air dan akan menyambar ikan tersebut dengan sangat ganas. Pastikan joran berada di dalam posisi selamat dan jika tidak, joran anda akan melambung dek sentapan ganas haruan tersebut

Tidak ada komentar:

Posting Komentar